PENGENALAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk, terdiri
daripada tiga kaum yang utama iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Di samping itu juga
bangsa-bangsa lain yang turut menyumbang kepada kemajmukan di negara ini seperti
suku kaum di Sabah dan Sarawak, masyarakat Orang Asli, kaum Sikh, Baba dan Nyonya,
kaum Serani, kaum Siam dan lain-lain lagi. Sebagai sebuah masyarakat yang majmuk,
kepelbagaian telah wujud merangkumi semua aspek iaitu aspek agama, adat resam,
ekonomi, politik dan budaya.