IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA KEPADA GURU
Di dalam bilik darjah, para guru berdepan dengan murid yang terdiri daripada pelbagai ras, etnik dan budaya yang tersendiri dan berbeza-beza. Setiap murid juga berbeza antara satu sama lain dari aspek komunikasi, latar belakang keluarga dan dan tahap ekonomi. Kepelbagaian yang wujud antara murid ini perlu dikaji dan difahami dengan sebaiknya oleh seorang guru agar dapat membantu guru memahami gaya pembelajaran setiap murid melalui penggunaan strategi pengajaran yang lebih berkesan.
Terdapat beberapa elemen yang perlu dikuasai oleh guru untuk menjadikan sesi pengajarannya berkesan seperti strategi pengajaran dan pembelajaran, kesesuaian bahan pengajaran, sumber pembelajaran, pengurusan bilik darjah termasuk pengurusan harian dalam menangani kepelbagaian sosial budaya murid. Pengetahuan ini akan menghakis sikap prejudis guru dan bersikap adil kepada murid ketika mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
PERANAN GURU SEBAGAI "PHYSICAL ENVIRONMENT DESIGNER"
Sebagai seorang guru, beliau perlulah mengajar murid-murid di sekolah tanpa mengambil kira kelas sosial dan harus bijak mengendalikan kelas sosial yang wujud di kelas supaya satu suasana pembelajaran yang interaktif akan terbentuk dan pembelajaran akan menjadi menyeronokkan. Contohnya, seorang guru seharusnya memastikan murid-muridnya ditempatkan dalam satu kumpulan murid dari pelbagai latar belakang semasa melakukan sesuatu aktiviti kumpulan. Ini secara langsung akan memberi peluang kepada murid-murid untuk berinteraksi antara satu sama lain sekaligus mewujudkan pergaulan yang tidak berkelompok dan tanpa sekatan budaya serta masyarakat. Suasana pembelajaran yang menyeronokkan akan terbentuk dan ini dapat membantu guru mengawal persekitaran bilik darjah dengan berkesan.
Selain itu, guru juga pandai merancang aktiviti p&p yang boleh disertai oleh semua murid di dalam kelas dan isu yang mempunyai unsur bias kepada mana-mana jantina mesti dielakkan supaya dapat memberi peluang pendidikan yang saksama kepada semua murid tanpa mengira kaum dan jantina. Bagi murid yang menghadapi kecelaruan jantina, menjadi tanggungjawab guru untuk membentuk persepsi yang positif dalam kalangan murid supaya mereka tidak terus hidup dengan kecelaruan sedemikian.
Sebagai seorang guru, beliau perlu menunjukkan teladan yang baik kepada murid. Contohnya, guru datang awal ke bilik darjah, sentiasa bersikap adil dan sentiasa berdisiplin dalam apa jua hal pun. Perkara ini akan meningkatkan rasa hormat murid terhadap guru dan menjadikan guru sebagai idola mereka. Hubungan guru dengan murid dapat dipereratkan lagi dan ini akan mendorong kepada p&p yang menarik dan berkesan. Guru seharusnya tidak melengah-lengahkan waktu untuk memulakan p&p. Masa pengajaran dapat digunakan semaksimumnya untuk melakukan banyak aktiviti merangsangkan minda. Guru juga perlu menghormati murid seperti orang lain, bersikap adil kepada semua, hukuman berbentuk deraan tidak seharusnya dilaksanakan kerana menyebabkan hubungan guru dengan murid akan renggang dan menghilangkan minat murid untuk meneruskan pembelajaran.
MEMPELBAGAIKAN STRATEGI PDP
Kesan daripada kepelbagaian sosio-budaya di Malaysia memberikan cabaran kepada guru untuk memastikan kaedah PnP yang digunakannya dapat diterima oleh semua murid. Ini dapat dijalankan sekiranya guru menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bersikap professional dalam pekerjaannya. Guru perlu sentiasa bertindak dalam memastikan ruang pembelajaran murid tidak terganggu dengan perbezaan latar belakang, kelas sosial dan kaum masing-masing dengan cara tidak membezakan mereka di antara satu sama lain. Contohnya, guru akan memastikan murid dari pelbagai latar belakang ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama semasa melakukan aktiviti berkumpulan. Ini akan memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi sesama sendiri secara terbuka seterusnya mewujudkan pergaulan yang tidak berkelompok dan tanpa sekatan budaya dan masyarakat. Suasana pembelajaran yang menyeronokkan akan terbentuk dan ini dapat membantu guru untuk mengawal persekitaran bilik darjah dengan berkesan.
Selain daripada itu, guru juga perlu sentiasa membantu murid untuk memahami diri sendiri dalam membentuk nilai, sikap dan tingkah laku yang sesuai. Murid dibimbing untuk memahami kekuatan pada diri sendiri yang boleh digunakan untuk membantu murid lain. Ini dapat membuatkan murid tersebut rasa dihargai dan akan sentiasa bersungguh-sungguh dalam setiap perkara yang dilakukannya. Hubungan rapat dapat dijalinkan di antara guru dengan murid. Guru juga perlu membantu murid membina konsep positif kendiri serta memberi tunjuk ajar bagi meningkatkan prestasi murid samada dari segi akademik dan sebagainya. Guru juga perlu menunjukkan teladan yang baik di hadapan murid-murid. Contohnya guru datang awal ke bilik darjah, sentiasa bersikap adil dan sentiasa berdisiplin dalam apa jua hal. Perkara ini akan meningkatkan rasa hormat murid terhadap guru dan menjadikan guru sebagai idola mereka.
Hubungan guru dengan murid akan erat dan ini akan meningkatkan minat murid untuk meneruskan pembelajaran mereka.Seterusnya, guru bertanggungjawab untuk membina persefahaman di antara setiap murid yang berlainan latar belakang. Langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan bagi menghalang mana-mana aktiviti yang tidak diingini seperti pergaduhan antara kaum, mengejek dan menghina di antara satu sama lain dan sebagainya. Guru perlu menerangkan kepada murid mengenai perlunya menghormati kepercayaan setiap kaum dan isu-isu sensitif yang tidak harus dipertikaikan. Oleh itu, aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua kepercayaan, nilai dan agama perlu dirancang dengan teliti bagi menaburkan persefahaman di antara setiap murid.
Guru juga perlu memberi peluang sama rata kepada semua murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran. Aktiviti PnP perlulah dipastikan tidak mempunyai unsur bias kepada mana-mana murid bagi memberi peluang kepada setiap murid untuk menerokai aktiviti pembelajaran. Guru perlu menggunakan bahasa standard kebangsaan yang boleh diterima oleh semua lapisan murid dan bukannya menggunakan dialek bahasa yang sedikit sebanyak memberikan impak terhadap pembelajaran. Penggunaan bahasa yang standard memberi peluang kepada semua murid untuk mengambil bahagian dalam PnP. Kemajuan dan kelemahan setiap murid perlu dicatat dan diambil tindakan dengan cara membuat penambahbaikan terhadap mutu PnP selain daripada membimbing murid untuk mempertingkatkan prestasi tanpa membezakan di antara satu sama lain. Guru boleh meminta pandangan murid-murid mengenai masalah pembelajaran yang mereka hadapi dan aktiviti-aktiviti yang ingin mereka lakukan secara bersama-sama. Guru perlu sentiasa memikirkan kaedah pengurusan bilik darjah yang berkesan.
Selain daripada itu, guru juga perlu mengetahui dan memahami bidang kerjayanya dan bijak dalam mengendalikan anak-anak muridnya. Dalam memastikan perancangan yang dilakukan selaras dengan kepelbagaian sosiobudaya masyarakat, guru perlu sentiasa meningkatkan kualiti, kemahiran, keupayaan diri dan sebagainya bagi memastikan kejayaan tersebut.