RUMUSAN
Kewujudan pelbagai kaum di Malaysia secara langsung telah mewujudkan kepelbagaian sosiobudaya dalam masyarakat kita. Kepelbagaian sosiobudaya dalam sistem masyarakat majmuk di Malaysia telah memberi kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan secara umumnya dan kepada suasana pembelajaran secara khususnya.
Sehubungan dengan itu, guru hendaklah memahami latar belakang budaya murid dan menggunakannya secara bermanfaat untuk membina strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Pengurusan yang cekap dalam merancang dan melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran akan membantu mengurangkan ketidakseimbangan di dalam penyampaian pelajaran kepada murid yang terdiri daripada pelbagai sosiobudaya.