implikasi sosiobudaya terhadap kurikulum tersirat
Kurikulum tersirat adalah perlakuan, perancangan dan tindakan menggubal, membina dan melaksanakan kurikulum yang tidak dinyatakan secara bertulis tetapi berfungsi membina hati, akal dan jiwa pelajar supaya menjadi insan yang berguna dan dapat meneruskan tradisi hidup dan masyarakat.
Kurikulum tersirat harus menggalakkan interaksi dalam kelas sosial. Aktiviti yang dijalankan mestilah melibatkan interaksi antara kelas sosial murid. Secara langsung proses pembentukan nilai dapat diterapkan kepada murid-murid. Penerapan kepercayaan terhadap nilai-nilai murni juga dan guru seharusnya tidak menekankan hanya kepada kepercayaan agama Islam sahaja. Mana-mana unsure kepercayaan lain yang tidak bercanggah dengan hokum agama Islam boleh diterapkan kepada murid.
Pelaksanaan aktiviti bahasa dalam kurikulum juga perlu dirancang dengan teliti. Murid akan mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan dan seterusnya mereka akan mula belajar menerima serta menghormati bahasa ibunda dan dialek kaum lain. Kurikulum tersirat juga perlu memberikan pertimbangan terhadap aspek perbezaan antara jantina. Aktiviti yang dijalani murid haruslah diberikan kesedaran dan ingatan terhadap batasan pergaulan dalam jantina yang berlainan.
Kurikulum tersirat merangkumi nilai-nilai yang dibentuk oleh warga sekolah sendiri seperti amalan, prosedur, peraturan, pertalian dan struktur di sekolah. Ianya dijalankan secara tidak langsung seperti murid mempelajari tingkah laku baik guru, guru mempamerkan akhlak budi pekerti, hubungan rapo di antara warga sekolah dan sebagainya. Nilai, norma, peraturan, daya intelek dan apa juga yang dibawa di dalam persekitaran sekolah akan memberi kesan secara tidak langsung tetapi amat bermakna terhadap amalan hidup murid.
Antara implikasi kurikulum tersirat terhadap pengajaran di sekolah :
1) Mendisiplinkan murid
2) Pembentukkan kendiri murid dapat dilaksanakan
3) Menggalakkan penggunaan bahasa standard
4) Murid dapat belajar dalam keadaan ceria dan menyeronokkan
5) Membangunkan pencapaian murid bagi mengurangkan tingkah laku negatif
6) Menggalakkan interaksi antara murid secara meluas di dalam bilik darjah
Menggalakkan interaksi antara murid secara meluas di dalam bilik darjah
Interaksi dalam bilik darjah merupakan satu aspek penting yang perlu dititikberatkan oleh guru untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Melalui interaksi, murid-murid dapat bergaul antara satu sama lain tidak kira berbeza agama, bangsa, budaya, mahupun jantina. Interaksi adalah salah satu medium perantaraan bagi setiap individu untuk bergaul mesra. Murid-murid tidak semestinya hanya berinteraksi untuk tujuan pembelajaran, malah mereka perlu berinteraksi untuk keperluan sosialisasi mereka sendiri. Secara tidak langsung, interaksi antara murid akan berlaku secara meluas di dalam sesebuah kelas. Justeru, interaksi antara murid ini memainkan peranan penting ke arah pembentukan budaya penyayang dalam kalangan murid. Tuntasnya, kurikulum tersirat dapat menggalakkan persekitaran yang mesra budaya dalam sesebuah bilik darjah.
Membangunkan pencapaian murid bagi mengurangkan tingkah laku negatif
Menurut Ahmad Rafaai Ayudin di dalam bukunya Siri Pendidikan, Pedagogi : Pengetahuan Didaktik Untuk Guru pada halaman 193,guru adalah model bagi pelajarnya. Kelakuan, tutur kata dan budi bicara akan mempengaruhi sikap dan tabiat pelajar, kerana Bandura berpendapat, pelajar juga akan belajar melalui proses peniruan. Maka jelaslah bahawa, tingkah laku negatif murid sudah pasti dapat dikurangkan jika seseorang guru mampu menjadi teladan yang terbaik kepada anak muridnya. Justeru, seseorang guru perlu memastikan setiap yang dilakukannya adalah perkara yang mendatangkan tingkah laku positif terhadap murid.
Murid dapat belajar dalam keadaan ceria dan menyeronokkan
Bilik darjah yang telah diterapkan dengan amalan mesra budaya dapat memastikan semua ahli kelas sentiasa berada dalam keadaan bersedia setiap kali p&p dijalankan. Perhatian dan fokus murid merangsang mereka untuk memberi kerjasama kepada guru dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan. Menurut Ahmad Rafaai Ayudin di dalam bukunya Siri Pendidikan, Pedagogi : Pengetahuan Didaktik Untuk Guru pada halaman 70, ransangan yang berkesan akan wujud apabila guru dapat menarik minat murid untuk melihat, memberi tumpuan, mendengar, mencatat, menyoal, menjawab dan bertindak balas terhadap aktiviti yang dikelola guru. Hal ini sudah pasti banyak membantu guru terhadap p&p yang dilaksanakan, objektif p&p akan mudah tercapai malah murid akan merasakan aktiviti yang dilalui sangat menyeronokkan. Oleh itu, jelaslah bahawa persekitaran yang mesra budaya di dalam sesebuah bilik darjah itu, sangat membantu bagi memastikan sesuatu p&p yang dijalankan guru berlaku dalam keadaan ceria dan Menggalakkan penggunaan bahasa standard menyeronokkan.

Salah satu strategi kerajaan dalam menyatupadukan masyarakat berbilang kaum dan budaya di Negara ini adalah dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan di sekolah. Di dalam bilik darjah, semua murid diwajibkan menggunakan bahasa Melayu ketika berinteraksi semasa pengajaran dan pembelajaran (p&p) dilaksanakan. Hal ini sudah pasti dapat mengelakkan penggunaan unsur-unsur dialek mengikut kaum semasa mereka berinteraksi. Pengunaan laras bahasa yang tepat yang diamalkan dalam situasi yang sesuai serta aktiviti yang bercorak ke arah peningkatan bahasa yang disertai murid mampu meningkatkan tahap penguasaan bahasa murid terhadap bahasa standard. Perbendaharaan kata yang tepat akan membantu murid mencapai kematangan sosial yang sepatutnya. Justeru, murid dapat mempraktikkan serta mengamalkan bahasa standard secara tepat dengan adanya bantuan daripada guru.
Pembentukkan kendiri murid dapat dilaksanakan
Ahmad Rafaai Ayudin di dalam bukunya Siri Pendidikan, Pedagogi : Pengetahuan Didaktik Untuk Guru pada halaman 193 ada menyatakan, ‘Ibn Maskawaih berpendapat akhlak itu dapat dibentuk dan dibina dalam diri manusia. Institusi pendidikan seperti sekolah dapat dijadikan saluran penting pembinaan dan pengukuhan akhlak.”
Pernyataan ini jelas membuktikan bahawa pembentukkan kendiri murid dapat disemai oleh seorang guru di sekolah. Melalui tindakan yang berhemah serta dibaluti perasaan kasih sayang, seseorang guru dapat memberi peluang yang terbaik untuk mengembangkan potensi diri murid ke arah pembentukan modal insan yang berkualiti. Guru yang sentiasa membiasakan diri dengan senyuman selain kerap dan mudah memberi penghargaan apabila murid mempamerkan sesuatu yang lebih baik daripada sebelumnya, mampu menarik perhatian murid untuk sentiasa melakukan perubahan positif terhadap diri mereka. Tindakan seseorang guru yang tidak mepertikaikan kepercayaan dan amalan agama yang dianuti oleh mana-mana murid berupaya menyemai semangat saling percaya dan mempercayai ke dalam jiwa murid. Proses sosialisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama dapat dikembangkan sekali gus proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan.
Mendisiplinkan murid
Sesebuah bilik darjah biasanya mempunyai organisasi yang tertentu. Di sini, seseorang guru sebenarnya telah mengaplikasikan ‘empowerment” .Ahmad Rafaai Ayudin di dalam bukunya Siri Pendidikan, Pedagogi : Pengetahuan Didaktik Untuk Guru pada halaman 194, menyatakan “empowerment” ialah menurunkan kuasa pendisiplin dan pengurus bilik darjah kepada pelajar dengan memberi mereka tanggungjawab untuk memastikan kebersihan, menyediakan jadual tugasan, mengganti sebarang bentuk bahan-bahan bagi papan kenyataan bilik darjah dan sebagainya. Berdasarkan pernyataan ini, jelas membuktikan bilik darjah yang mesra budaya mampu menjadikan seseorang murid lebih berdisiplin, amanah serta bertanggungjawab terhadap tugas yang dipegangnya. Guru dapat membimbing murid untuk menjadi lebih berdisiplin dengan mengamalkan peneguhan positif terhadap hasil tugas murid.
Saranan aktiviti yang boleh dijalankan melalui pengajaran dan pembelajaran (p&p) dalam konteks kurikulum tersirat untuk pembentukan interaksi sosial serta pemupukkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid berbilang kaum.
Meransang intuisi murid melalui set induksi
Intuisi dalam kamus Tesaurus Bahasa Melayu Dewan pada halaman 339 bererti naluri, gerak hati, rasa hati, firasat, atau rasa-rasa. Justeru, meransang intuisi murid melalui set induksi bererti meransang sifat ingin tahu murid dalam langkah set induksi pada setiap permulaan p&p. Kamaruddin Haji Hussin dan Siti Hajar Abd Aziz di dalam buku Pedagogi Untuk Asas Pendidikan pada halaman 101-102, menggariskan lima cara membina aliran fikiran murid dalam langkah set induksi. Pertama, menarik perhatian murid agar mereka betul-betul bersedia terhadap p&p yang bakal disampaikan. Kedua, orientasi, yakni menggunakan suatu situasi, objek, proses, atau alat untuk merangsang minat murid. Ketiga, mewujudkan motivasi dengan cara menunjukkan kemesraan dan semangat terhadap perkara yang bakal dipelajari. Keempat, struktur bererti set induksi beasaskan tugasan, dan yang kelima ialah membuat perkaitan kepada judul utama p&p. Kedua-dua penulis buku Pedagogi Untuk Asas Pendidikan ini juga ada menyarankan contoh aktiviti bagi langkah set induksi. Antaranya, memulakan pelajaran dengan sesuatu yang luar biasa atau dengan rentak dan irama. Memulakan pelajaran dengan satu set arahan atau melalui satu pengumuman, Memberikan soalan mencabar, menggunakan kiasan, atau aliran mengejutkan. Apabila murid sudah bersedia dan mendapat gambaran tentang p&p yang bakal dijalankan, maka guru mampu mendapatkan kerjasama yang baik daripada semua murid untuk melakukan aktiviti seterusnya dalam proses p&p.
Penerapan nilai melalui pengajaran afektif
“...Sepertimana kualiti kognitif dan psikomotor, kualiti afektif juga perlu ditekankan oleh guru dalam pengajarannya dengan cara menerapkan perubahan sikap ke atas pelajar melalui gerak kerja dan aktiviti yang dikelolakan dalam bilik darjah…”
(Ahmad Rafaai Ayudin, Siri Pendidikan, Pedagogi : Pengetahuan Didaktik Untuk Guru, halaman:193)
Pernyataan oleh Ahmad Rafaai Ayudin membuktikan bahawa penerapan nilai menerusi pengajaran afektif sangat penting dalam memastikan perubahan sikap murid yang negatif kepada positif. Dalam penyampaian isi pelajaran, nilai-nilai murni hendaklah diserapkan secara tidak langsung. Ini boleh dilakukan di mana-mana bahagian dalam proses pengajaran. Guru perlu menanamkan asas sosialisasi yang positif agar wujudnya semangat setiakawan, penerimaan, menghormati orang lain, mematuhi arahan dan peraturan, serta menggunakan bahasa yang baik dalam pertuturan mereka. Menerusi penerapan nilai dalam pengajaran afektif, usaha untuk membentuk perubahan sikap, watak, perilaku, adab sopan dan akhlak dalam kalangan murid yang tidak digubal dalam kurikulum nyata dapat dijayakan secara berkesan oleh seseorang guru. Hal ini sudah pasti dapat menggalakkan interaksi sosial sekali gus menyatupadukan semua murid yang terdiri daripada berbilang kaum.
Mengamalkan kemahiran pengukuhan, penghapusan dan pelaziman dalam p&p
Pengukuhan menurut Kamaruddin Haji Hussin dan Siti Hajar Abd Aziz di dalam buku Pedagogi Untuk Asas Pendidikan pada halaman 108, ialah suatu kemahiran yang digunakanoleh guru bagi mengubah tingkah laku murid dengan sempurna. Murid yang dapat menunjukkan kebolehan dan pencapaian seperti yang dijangkakan perlu diberi pujian atau bentuk-bentuk penghargaan lain. Ini dapat mendorong mereka untuk terus belajar dan menyukai pelajaran tersebut. Tujuannya ialah untuk menarik dan mengekalkan perhatian murid dalam satu-satu masa pengajaran. Guru hendaklah sentiasa mengukuhkan tindak balas positif yang ditunjukkan murid agar perbuatan itu akan terlazim dan menjadi satu kebiasaan. Peneguhan yang dilakukan hendaklah sama rata antara murid terutama jika murid terdiri daripada berbilang kaum. Terdapat empat bentuk peneguhan yang digariskan oleh Kamaruddin Haji Hussin dan Siti Hajar Abd Aziz di dalam buku Pedagogi Untuk Asas Pendidikan iaitu dengan galakan secara lisan, galakan secara gerak-geri dan gerak isyarat, galakan dengan cara menggunakan jawapan murid, dan galakan dengan cara ganjaran. Guru bertanggungjawab menyekat aktiviti-aktiviti yang tidak diingini seperti pergaduhan antara kaum atau pembentukan kumpulan berdasarkan etnik semasa p&p dijalankan. Penghapusan perilaku negatif seperti ini perlu dilakukan agar tindakan murid ini tidak sampai sehingga meniupkan api perkauman mereka. Oleh itu, kemahiran pengukuhan, penghapusan, dan pelaziman dalam p&p sangat penting untuk memupuk perpaduan kaum dalam kalangan murid sekolah rendah.
Motivasi yang bervariasi
Motivasi menurut menurut Kamaruddin Haji Hussin dan Siti Hajar Abd Aziz di dalam buku Pedagogi Untuk Asas Pendidikan pada halaman 106, bertujuan merangsangkan minat murid kea rah bahan, isi pelajaran, dan pengajaran guru. Oleh yang demikian, guru perlu berusaha kuat untuk mempelbagaikan elemen-elemen motivasi. Bagi memastikan murid mengekalkan perhatian mereka sepanjang p&p, beberapa komponen penting motivasi telah digariskan oleh Ahmad Rafaai Ayudin iaitu daya penampilan guru, pergerakan guru dan intonasi suara, alihan arah deria serta melibatkan murid. Kesemua komponen ini perlu ada dalam diri guru kerana murid sentiasa memerhatikan tindakan semasa p&p. Komponen seperti alihan arah deria dan melibatkan murid juga perlu dikuasai guru agar murid tidak hilang fokus dan lebih aktif semasa p&p berlangsung sekali gus termotivasi.
Pemilihan sumber, bahan bantu mengajar (BBM), serta penggunaan contoh.
Pemilihan sumber yang dimaksudkan ialah penggunaan alat abntu mengajar (ABM). ABM berfungsi untuk menambahkan kelancaran perhubungan antara guru dengan murid, murid dengan guru, dan murid dengan murid. ABM mampu memudahkan murid membentuk konsep dengan betul dan menerima pejaran dengan cepat. Dalam konteks kesesuaiannya, seseorang guru perlu memastikan sesuatu ABM yang dipilih sesuai dengan tajuk serta sasaran murid yang bakal diajari. Bagi bilik darjah yang dihuni oleh berbilang kaum, seseorang guru perlu memastikan ABM serta BBM yang digunakan sesuai untuk semua kaum dan budaya yakni tidak menimbulkan resis kepada mana-mana murid. Hal ini sangat penting agar murid tidak berasa ditindas kerana ini mungkin dapat mendatngkan implikasi negatif kepada individu murid. Begitu juga dengan penggunaan contoh-contoh untuk pemahaman murid. Guru digalakkan menggunakan contoh yang kokrit, praktis dan berkesan. Contoh-contoh yang boleh mendatangkan isu perkauman dalam sesebuah bilik darjah perlu dielakkan penggunaannya agar murid tidak mendapat tanggapan salah terhadap budaya lain.
Penilaian dan penambahbaikan P&P secara berterusan.
Melalui penilaian, guru dapat menentukan sama ada berjaya atau tidak muridnya menyerap maklumat yang disampaiakan. Memandangkan pengajaran kurikulum tersirat tidak dapat dijui melalui ujian kertas dan pensil, maka pemerhatian dapat dianggap teknik yang bertepatan bagi mengukur keupayaan, kemahiran serta perubahan tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid. Seseorang guru perlu mencatat kemajuan dan kelemahan setiap individu murid untuk membuat pengubahsuaian bagi p&p seterusnya. Sekiranya seseorang guru mendapati p&p yang dijalankan tidak mencapai objektif yang sepatutunya, pentaksiran perlu dilakukan serta tindakan susulan perlu diambil. Penerapan nilai-nilai murni dalam diri setiap murid perlu dinilai dan direkodkan agar guru dapat melihat perkembangan afektif muridnya dan boleh melakukan sesuatu untuk menggalakkan perubahan ke arah kebaikkan sekali gus dapat membentuk kendiri murid yang positif.
KESIMPULAN
Kepelbagaian sosiobudaya dalam sistem masyarakat majmuk di Malaysia memberikan kesan kepada perkembangan sistem pendidikan secara umumnya dan suasana pembelajaran secara khasnya. Secara keseluruhannya, kurikulum tersirat boleh dikatakan sebagai pengalaman pembelajaran yang dipelajari secara tidak langsung oleh murid-murid sekolah dan kesan ini adalah di luar kawalan guru. Majoriti tokoh pendidikan tempatan dan luar negara mengakui bahawa apa yang sebenarnya yang dipelajari di sekolah dan institusi pendidikan bukanlah setakat kandungan yang tercatat dalam sukatan pelajaran atau proforma kursus tetapi merangkumi kesemua pengalaman pembelajaran yang diperolehi penuntut semasa belajar. Inilah yang dikatakan sebagai Kurikulum Tersirat.
Antara ciri-ciri kurikulum tersirat ialah merangkumi semua pengalaman pembelajaran yang murid peroleh di mana mereka belajar. Selain itu, kurikulum tersirat juga, boleh menjadi objektif pembelajaran tetapi hasilan pembelajarannya adalah bersifat relatif dan agak sukar diukur secara kuantitatif. Kurikulum tersirat merangkumi nilai-nilai yang dibentuk bersama oleh pelaksana kurikulum itu sendiri samada guru dan murid atau pengajar. Kewujudan bagi kurikulum tersirat adalah berbeza-beza bergantung kepada lokasi, persekitaran dan latar belakang pelaksana kurikulum. Di samping itu, Kurikulum tersembunyi terdiri daripada jenis atau pengkategoriannya yang berbeza-beza mengikut tahap pembelajaran dan juga matlamat kurikulum itu sendiri.
Terdapat banyak implikasi kurikulum tersirat terhadap kepelbagaian sosio budaya dalam kalangan murid sekolah rendah. Antaranya ialah, menggalakkan interaksi antara murid secara meluas di dalam bilik darjah, membangunkan pencapaian murid bagi mengurangkan tingkah laku negatif mereka, murid dapat belajar dalam keadaan ceria dan menyeronokkan, pembentukkan kendiri murid dapat dilaksanakan, dan dapat mendisiplinkan murid.
Aktiviti-aktiviti yang sesuai dijalankan di dalam p&p untuk pembentukan interaksi sosial serta pemupukkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid berbilang kaum ialah dengan meransang intuisi murid melalui set induksi, memootivasi murid dengan bervariasi, mengamalkan kemahiran pengukuhan, penghapusan dan pelaziman dalam p&p. Selain itu, pemilihan sumber, bahan bantu mengajar (BBM), serta penggunaan contoh, serta penilaian dan penambahbaikan P&P secara berterusan juga antara aktiviti yang boleh diterapkan kurikulum tesirat.

- Saranan aktiviti dalam (p&p)
- Meransang intuisi murid melalui set induksi
- Penerapan nilai melalui pengajaran afektif
- Penilaian dan penambahbaikan P&P secara berterusan.
- Pemilihan sumber, bahan bantu mengajar (BBM), serta penggunaan contoh.
- Motivasi yang bervariasi
- Mengamalkan kemahiran pengukuhan, penghapusan dan pelaziman dalam p&p