IMPLIKASI SOSIOBUDAYA TERHADAP SEKOLAH
Sistem pendidikan Negara mempunyai pelbagai pilihan jenis sekolah yang boleh diikuti oleh murid. Kepelbagaian sosio-budaya telah mewujudkan sekolah yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti sekolah kebangsaan untuk semua kaum, sekolah jenis Cina dan Tamil. Oleh itu, aktiviti-aktiviti di sekolah dirancang dengan teliti bagi mengatasi kepelbagaian sosio-budaya ini. Sekolah merupakan ruang untuk guru menerapkan keparcayaang dan nilai dalam masyarakat. Oleh itu, murid perlu diterapkan dengan nilai-nilai yang baik tanpa mengira latar sosio-budaya mereka. Murdi juga haruslah sentiasa diingatkan agar sentiasa mengikut aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah.
Selain daripada meningkatkan pengetahuan murid, hubungan di antara setiap murid dapat dijalinkan melalui aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah .Pihak berkuasa juga perlu memainkan peranan dalam membina perhubungan tersebut selain daripada sekolah/ Program Integrasi Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah salah satu aktiviti yang diusahakan oleh Kementerian Pelajaran bagi memastikan perpaduan dipupuk di kalangan murid tanpa mengira latar belakang, agama, kaum, jantina dan sebagainya. Pihak-pihak berwajib boleh menyumbangkan sokongan samada dalam bentuk moral ataupun material bagi mengembangkan lagi pengetahuan dan perpaduan di kalangan murid.
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) diwujudkan bagi menyediakan Pendidikan Islam kepada murid. Ia memupuk potensi murid dari segi minat, kreativiti, sahsiah, dan kepimpinan serta menyediakan peluang melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang ilmu, dalam dan luar negara. Beberapa SMKA telah menunjukkan prestasi yang membanggakan. Pembinaan sekolah aliran agama menunjukkan komitmen Kementerian Pelajaran untuk menerapkan nilai-nilai kerohanian dan kepercayaan beragama kepada murid-murid. Walaupun murid diberikan penekanan terhadap pencapaian dalam akademik, namum begitu aspek kepercayaan dan nilai turut diserapkan dalam pembentukan sahsiah mereka.
Sekolah-sekolah di Putrajaya dan Cyberjaya terletak di Koridor Raya Multimedia dan sebahagiannya merupakan Sekolah Bestari. Sekolah-sekolah ini mempunyai reka bentuk yang menarik, infrastruktur yang lengkap dan terletak dalam kawasan yang strategic, iaitu berhampiran dengan Kompleks Kerajaan Persekutuan. Sekolah Model Khas menggabungkang murid sekolah rendah pada peringkat Tahap II dan murid sekolah menengah di bawah satu bumbung. Ini merupakan konsep baru dalam menyediakan kemudahan fizikal yang kondusif bagi murid yang berpotensi di kawasan luar bandar seperti Sekolah Menengah Clifford Kuala Lipis (Pahang) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jenun Pendang (Kedah).
Sekolah Wawasan ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid di sekolah. Sekolah ini adalah antara sekolah yang dahulunya terasing antara satu sama lain, kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam. Apabila murid-murid yang berlainan latar belakang dapat berinteraksi sejak peringkat awal persekolahan, sudah tentu masa depan akan lahir satu generasi yang hormat dan bertoleransi di antara satu sama lain. Oleh itu, penekanan semangat perpaduan dan integrasi antara kaum perlu dipupuk sejak kecil iaitu dibangku sekolah rendah kerana ia akan lebih memudahkan mereka untuk menghadapi masyarakat di masa akan datang.